Wednesday 13 June 2012

:: Mandi Sungai di Gopeng, Perak ::

Hello! Hai!


 kawan-kawan saya selalu bertanya, apa yang best kt PERAK??? oh, x taw nak jawab sbb jarang betul duk Perak. haha. so ini adakah percubaan pertama membuat koleksi kawasan percutian di Perak.

Ceritanya, semalam kami adik beradik, pergi mandi manda di kawasan perkelahan di Gopeng. sume berlaku out of sudden, sebab hari panas sangat n sume org da bosan, so around 230pm, my eldest sis ckap 'jom pergi mandi sungai nak?'. wahhh. macam org mengantuk disorongkan bantal, mstilah nakkkkk! so dalam masa 15minit, sume brang2 keperluan dah siap di pack dan kami terus menuju ke Kampung Gunung Mesah Hulu, Gopeng untuk bermandi-manda! perjalanan mengambil masa 30 minit dari rumah.pandangan peribadi saya, ini adalah antara tempat mandi manda yg paling best yg saya pernah pergi. 

Lokasi : Kampung Gunung Mesah Hulu, Gopeng, Perak. 
- 1.5km dari Plaza Tol Gopeng. maksudnya, keluar je dari Plaza Tol Gopeng tu, belok ke kiri, keep left jugak dan masuk ke simpang yg ada sign board bertulis kg. Gunung Mesah Hulu dan juga ini.


teruskan perjalanan seperti biasa, straight je masuk ke kawasan kampung2 sampai la anda jumpe sebuah jambatan besi ini, 



dan.. tadaaaa! sudah sampai! kalau mahu msuk lebih jauh kedalam untuk mencari lokasi perkelahan dan bermandi manda yg lebih sesuai silakan la. tpi yg dekat ini pon x kurang bestnye!

tips memilih lokasi tempat mandi manda :


1- pilihlah kawasan yg bersih dan kelihatan sedap mata memandang, serta ada kawasan berteduh ( seperti pokok)


2-  dan sesuai untuk meletakkan barang2 terutama untuk mmbentang tikar dan meletakkan makanan kerana picnic-by-the-river akan selalu mmberikan perasaan yg awesome jika kawasan yg dipilih adalah bersesuaian. :p


3- perhatikan air yg sungai yang mengalir di kawasan yg anda pilih, lihat adakah airnya bersih dan jernih serta kurang berbau. secara peribadi, saya kurang suka memilih kawasan yg ada ramai org kerana keseronokan bermain air akan berkurang kalau org lain juga sibuk2 nak dtang ke tmpat kite untuk mencuba pelbagai aksi renangan. erkkk.

4- pemandangan yg indah di kawasan persekitaran adalah bonus untuk mmberikan anda lebih keceriaan. hehehe.



5- di kawasan perkelahan ini, ada homestay yg boleh disewa untuk pengunjung2 yg datang dari jauh dan ia betul2 berhadapan dgn lokasi mandi manda pilihan kami. jika anda mahu meluangkan lebih masa dikawasan sungai, ini adalah kawasan yg tepat untuk anda.


6- juga terdapat warung makan yang dibuka pada waktu petang. terdapat beberapa buah kedai makan dikawasan yg kami pilih, dan ini adalah yg pling hmpir tpi malangnye tempoh hari ia tutup. tapi x mengapalah, kami dah ada makanan sendiri! masak dari rumah gitu!

7-  pilih la juga kawasan yg dekat dengan toilet kerana itu akan memudahkn urusan menukar pakaian selepas selesai bermandi manda. toilet awam di kg. Gunung  Mesah ni  amat terjaga dan kebersihannye memuaskan. :)


 tips tambahan :

a) Jangan lupe membawa keperluan berkelah dan mandi manda yg lain seperti makanan, sunblock dan plastik sampah supaya sisa makanan tidak dibuang merata dan pakaian basah dapat dibungkus dengan baik.

b) expect what is unexpected, anda mungkin akan didatangi 'tetamu' ketika berkelah. kenal pasti siapa tetamu itu dan apa mahunya. situasi sebegini adalah kurang 'expected' tapi agak comel apabila ianya berlaku. :)


c) nampak kan tetamu itu?? jadi, jika ada sisa-sisa makanan yg boleh disedekahkn kepada tetamu comel itu, hulur2 kan la.



  ia pasti akan berterima kasih kepada anda atas kebaikan itu. amin. :)



d) dan sebagai seorang ilmuan yg tidak mmbuang masa, jangan lupe untuk membawa bahan bacaan kegemaran anda , mungkin boleh disertakan dengan alat permainan MP3,MP4, smartphones. saya membawa ipod touch kesayangan dan novel Jodi Picoult yg belum sempat dibaca supaya smbil menanti baju kering dan rasa sejuk menghilang, boleh la bersandar2 pada batu besar smbil membaca novel dan mendengar lagu. sungguh relax!!!


jadi, sekiranya anda ke Ipoh dan mmpunyai masa untuk diluangkn, silalah singgah disini. jika malas menyediakan makanan dari rumah, cukuplah mmbawa towel dan pakaian kering lain untuk diguna selepas mandi. soal lain, disini ada penyelesainya! selamat bercuti buat semua!

1 comment: